Trip tahunan yang senantiasa dinanti-nanti. Setelah 3 tahun berturut-turut menempa pengalaman memancing di kepulauan Adang di Thailand, rindu dendam untuk turun memancing di sana tidak pernah padam. Tiada banyak yang berbeza dengan memancing di negara sendiri namu pengalaman di atas bot selama 4 hari 3 malam sukar ditukar ganti.
Rezeki memancing siapa yang tahu kekadang dikurniakan rezeki melimpah ruah, adakala hanya sekadar cukup untuk dikongsi bersama ahli keluarga.
November nanti pasti tercatat pengalaman baru memancin untuk kesekian kalinya di kepualauan Adang
Wednesday, 25 May 2011
Liga Rugbi Pulau Pinang
Sepanjang bulan April yang lepas pasukan rugbi UniKL MSI telah terlibat dalam kejohanan liga Rugbi Pulau Pinang, meskipun hanya 8 pasukan beraksi dala liga tahunan ini pengalaman yang dikutip oleh pemain tidak dapat ditukar ganti.
Pemain-pemain menunjukkan peningkatan dari segi taktikal mahupun stamina. Pasukan UniKL MSI menggharungi perlawanan pertama menentang pasukan Politekni Seberang Perai, permainan berlangsung dalam keadaan hujan lebat. Meskipun mendahului sehingga 3 minit terakhir, kealpaan pemain membenarkan pasukan lawan melakukan try dan seterusnya tewas.

Untuk perlawanan seterusnya menentang pasukan Penang Blues pasukan UniKL MSI masih belum dapat mencipta kemenangan yang disasarkan. Akhirnya kemenangan berjaya dicapai ketika perlawanan penutup menentang pasukan rugbi ACMS Kepala Batas.

Saturday, 21 May 2011
Permatang Sedepa Mei 2011
Sudah lama tidak menghirup udara segar di permatang sedepa ni...kali terakhir pada tahun 2006 yang lalu. Kalau nak memancing dan santai...tiada yang dapat menandingi tempat nie....
Bertolak dari jeti

Masih terbayang-bayang ja tempat ni....

Ahli trip baru- baru ini...

Meskipun hasil tidak seperti yang dimpikan kesemua ahli ternyata berpuas hati dengan trip kali ini..
Bertolak dari jeti

Masih terbayang-bayang ja tempat ni....

Ahli trip baru- baru ini...

Meskipun hasil tidak seperti yang dimpikan kesemua ahli ternyata berpuas hati dengan trip kali ini..
Perodua Eco-Challenge 2011
Nampaknya jadual untuk bulan Jun 2011 ini betul-betul penuh, tak menang tangan, hampir semua event besar berlangsung dalam bulan Jun dalam jarak masa yang sungguh hampir antara satu sama lain. Yang pasti mesti ada pelajar, kakitangan atau pensyarah yang terbabit dengan kesemua acara....All the best!!!
Perodua Eco-Challenge 2011 kicks off
Perodua kicks off its 3rd instalment of its one-of-a-kind Eco-Challenge competition this year by handing over one engine and one transmission system each to 13 participants from selected institutions of higher learning.The participating institutions, consisting of public and private higher education bodies, are selected based on their entry proposals. A total of 23 institutions sent in their proposals for this year’s Perodua Eco-Challenge.
The main objective of the Perodua Eco-Challenge 2011 is to provide a training ground for undergraduates to challenge their engineering prowess and to promote innovativeness among local students.
“The Perodua Eco-Challenge is very unique because it not only promotes innovativeness and creativity from its participants but also underscore the importance of conservation by coming with practical means to meet with the growing energy crisis,” Perodua Managing Director, Datuk Aminar Rashid Salleh said.
The event is witnessed by the Deputy Minister of Higher Education I, Y.B. Dato’ Dr. Hou Kok Chung.
The participants have 5 months after the handover of the engine and transmission system to produce a car that can go the farthest with 1 litre of petrol. Their design will be put to a race at the Melaka International Motorsports Circuit on 25th of June this year.
Aminar said that the Perodua Eco-Challenge this year is different from the first 2 events whereby the contestants are only given the engine and transmission system.
“Other changes include the seed money given. In the first 2 races, each institution of higher learning gets RM10,000 to modify their respective car. This year each team will be given RM17,500,” he said.
He added that Perodua has allocated about RM1.2 million for this year’s Eco-Challenge programme.
Aminar said the participants are also given a longer contest period as the previous handovers were done in late February, this year the contestants are given an extra month to prepare before the race day on 25 of June.
“A total of RM77,000 has been allocated for prizes at this year’s Eco-Challenge with the longest distance winners taking home RM20,000. As this year’s challenge is more on engineering, the winners of this category will be taking home RM15,000; RM5,000 more prize money than last year!” he said.
The participating institutions of higher learning include returning contenders - Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kuala Lumpur, Politeknik Sultan Azlan Shah, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Industri Selangor and Politeknik Engku Omar.
While new entries include Politeknik Port Dickson, Universiti Kebangsaan Malaysia and Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
Source: www.perodua.com.my
KSSU 2011 UniKL MIAT
Kejohanan sukan tahunan antara kampus UniKL akan berlansung dari 19 Jun sehingga 26 Jun 2011. Tahun ini kesemua kontingen akan bermukim selama seminggu di UniKL MIAT. Sepertimana biasa UniKL MSI akan turut menyertai acara tahunan ini, sedikit kelainan kali ini MSI akan menyertai kesemua acara yang dipertandingkan.
Harap-harap tahun ini MSI akan dapat memperbaiki kedudukan keseluruhan pada tahun lepas. Bagi kakitangan HEMs UniKL MSI yang terlibat dengan sukan kakitangan yang berlangsung seminggu sebelum sukan pelajar ini tentunya akan kehilangan masa berharga bersama keluarga, mana tidaknya sehari selepas kembalik dari UNiKL MICET untuk sukan kakitangan terus bergerak ke UniKL MIAT pada hari berikutnya...
VIVA MSI!!!!

Thursday, 5 May 2011
Perkhemahan Kokurikulum
Unit Sukan Dan Kokurikulum UniKL MSI dengan Kerjasama Seksyen Pengajian Umum telah m
engadakan satu Program "Perkhemahan Kokurikulum bagi pelajar Kokurikulum Modul 2 yang telah diadakan di Kem Rapid Fire Sg, Sedim Kulim dengan penglibatan kira-kira seramai 130 orang pelajar dari pelbagai kursus. Perkhemahan ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam serta diiringi oleh Koordinator Kokurikulum dan 4 orang Jurulatih serta krew-krew dari Rapid Fire.
engadakan satu Program "Perkhemahan Kokurikulum bagi pelajar Kokurikulum Modul 2 yang telah diadakan di Kem Rapid Fire Sg, Sedim Kulim dengan penglibatan kira-kira seramai 130 orang pelajar dari pelbagai kursus. Perkhemahan ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam serta diiringi oleh Koordinator Kokurikulum dan 4 orang Jurulatih serta krew-krew dari Rapid Fire. .jpg)
Sepanjang 3 hari 2 malam pelajar-pelajar UniKL MSI telah diberi tugasan serta dilatih oleh semua fasilitator terlibat dari segi latihan menyelamat, water confidence, survivor, mini explorace dan pelbagai aktiviti menarik lain. Apa yang menarik pelajar-pelajar ini telah diajar untuk memasak makan tengahhari mereka mengunakan buluh. Dengan aktiviti seperti ini mereka perlu memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam tugasan yang diberikan. Dapat dilihat tahap disiplin pelajar juga amat baik dari mulanya perkhemahan ini sehinggalah ke hari akhir perkhemahan.
Dalam kesibukan pelajar-pelajar UniKL MSI ini dengan tugasan yang diberikan oleh fasilitator, mereka juga sempat untuk merasai pengalaman menaiki Rafting dan juga Tubing di Sg, Sedim, Kulim yang juga dinamakan sebagai tempat Arus Deras (Wild Water Rafting). Dimalam akhir perkhemahan kokurikulum ini, mereka menganjurkan malam kebudayaan yang mana semua kumpulan mengadakan persembaha masing-masing.
Semoga aktiviti begini akan menjadi satu tradisi bagi unit Sukan Kokurikulum dalam menerapkan sikap yang terpuji dikalangan pelajar UniKL MSI secara khususnya.
Eksplorasi Taman Negara
Eksplorasi Taman Negara telah dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute yang mana telah disertai oleh seramai 69 orang pelajar dari UniKL BMI dan UniKL MSI dan empat (4) orang pegawai.
.jpg)
Eksplorasi ini bermula apabila semua peserta telah memulakan perjalanan menaiki bas ke Jeti Kuala Tembeling, Jerantut, pahang kira-kira jam 11.30 malam dan tiba pada jam 3.30 pagi disebuah masjid di Jerantut. Semua peserta berkumpul sehingga subuh. Setelah selesai menunaikan Solat Subuh, semua peserta telah dibawa ke Pekan Jerantut untuk mengambil sarapan sebelum ke Kuala Tembeling.
Setelah tiba dikuala Tembeling, peserta telah dikumpulkan dan dipecahkan kepada kumpulan masing-masing. Sambil menunggu Bot untuk ke Taman Negara, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Jam telah menunjukkan jam 11.00 pagi, bot untuk membawa peserta ke Taman Negara telah bersedia untuk bertolak. Semua peserta telah menaiki bot yang disediakan dan bersedia untuk memulakan perjalanan.
Keesokkan hari, peserta telah mengikuti jungle tracking ke bukit terisik melihat pemandangan yang sangat indah, mengalami sendiri menaiki kenopi walkway yang telah dibina di taman negara. disebelah petang peserta telah mengada program khidmat masyarakat bersama orang kampung dan membersih masjid. Disebelah malam, peserta diminta untuk menganjurkan malam persembahan yang mana semua kumpulan dikehendaki membuat persembahan.
Hari terakhir peserta telah dibawa kekampung orang asli kaum Bateq. Peserta berpeluang mempelajari memasang api mengunakan bahan semulajadi dan berpeluang mempelajari sumpit. kemudian peserta dibawa melihat kehidupan sebenar orang asli disitu. Dalam perjalanan pulang peserta berkesempatan untuk bermain Rapid Shooting. Setelah sampai di Tapak Kem, peserta bersiap untukpulang ke Kampus UniKL BMI. Jam 3 Petang peserta telah bertolak pulang ke UniKL BMI.

Perjalanan dari Jeti Kuala Tembeling ke Taman Negara telah mengambil masa lebih kurang tiga (3) jam. Sepanjang perjalanan semua peserta telah dihidangkan dengan pemandangan flora dan fauna yang memukau. Peserta juga telah berpeluang melihat aktiviti-aktiviti harian penduduk disitu terutamanya orang asli. Peserta juga dapat melihat beberapa kumpulan anak orang asli mandi-manda di kawasan sungai tesebut.
Setelah tiba di Taman Negara, peserta telah diberikan tangungjawab masing-masing, memasang khemah, memasak, dan lain-lain lagi. Kesempatan yang ada setelah selesai tugasan yang diberikan peserta mengambil peluang untuk menghilangkan penat dengan mandi di sungai. Disebelah malamnya pula, peserta telah dibawa menikmati keindahan flora dan fauna disekitar Taman Negara Night Walk.
Keesokkan hari, peserta telah mengikuti jungle tracking ke bukit terisik melihat pemandangan yang sangat indah, mengalami sendiri menaiki kenopi walkway yang telah dibina di taman negara. disebelah petang peserta telah mengada program khidmat masyarakat bersama orang kampung dan membersih masjid. Disebelah malam, peserta diminta untuk menganjurkan malam persembahan yang mana semua kumpulan dikehendaki membuat persembahan.
Hari terakhir peserta telah dibawa kekampung orang asli kaum Bateq. Peserta berpeluang mempelajari memasang api mengunakan bahan semulajadi dan berpeluang mempelajari sumpit. kemudian peserta dibawa melihat kehidupan sebenar orang asli disitu. Dalam perjalanan pulang peserta berkesempatan untuk bermain Rapid Shooting. Setelah sampai di Tapak Kem, peserta bersiap untukpulang ke Kampus UniKL BMI. Jam 3 Petang peserta telah bertolak pulang ke UniKL BMI.
Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)